Arkeologi bawah air
Arkeologi bawah air

Arkeologi bawah air

Arkeologi bawah air merujuk kepada amalan-amalan arkeologi yang dilakukan bawah air.[1] Seperti bidang-bidang arkeologi lain, bidang ini tertakluk pada zaman prasejarah serta klasik. Penerimaannya sebagai suatu subbidang adalah agak lewat oleh kerana kesukaran mengakses dan bekerja di kawasan bawah air, serta penerbitan arkeologi bawah air berasal daripada peneroka kapal karam.[2] Oleh kerana itu, arkeologi bawah air pada awalnya sukar untuk diterima sebagai suatu bidang arkeologi yang khusus.[3] Situasi ini berubah ketika universiti mula mengajar bidang ini serta tatkala asas teori dan amali diterbitkan. Arkeologi bawah air kini memiliki beberapa bidang bawah seperti arkeologi maritim - arkeologi kajian kehidupan manusia dan budaya dengan badan air.[4] Ini lazimnya mengguna pakai bahan-bahan fizikal di dalam atau sekitar badan air, termasuk yang tertanam dalam mendapan air.[5] Sejak kebelakangan ini, kajian arkeologi penerbangan bawah air melibatkan tapak-tapak serta pesawat zaman Perang Dunia Kedua kini muncul sebagai bidang yang khusus.[6]